Tuesday 24 August 2010

hati

Hati. Tak siapa tahu apa yang ada dalam hati setiap manusia yang hidup. Rambut sama hitam. Tapi hati pasti lain. Bila di tanya " Awak ok ke?" " Betol ni awak ok?". Mulut menjawab "Ye,saya ok" bersama senyuman di bibir. Namun di hati? Hanya Dia yang tahu.

Hati. Sangat susah untuk menjaga setiap hati orang-orang di sekeliling kita. Mampukah kita menggembirakan dan menyenangkan setiap hati mereka? Ya. Mungkin kita mampu, akhirnya kita sendiri yang terpaksa membelakangkan hati dan melukai hati kita sendiri. Adil kah itu??????.. Adakah seumur hidup kita, kita perlu melukakan hati kita sendiri demi orang sekililing?

Hati. Amat sukar ditafsir melalui riak wajah. Kadang-kadang, hati ini terlalu sedih. Tapi kita gagahkan juga untuk mengukir senyuman di bibir demi orang sekeliling. Kadang-kadang hati ini remuk dan hancur, namun kita masih kuat untuk menidakkannya dengan berkata "Saya ok."

Akhirnya, kita lah yang terpaksa menjahit, menampal, mencantumkan balik hati kita yang telah hancur dek kerana terpaksa menggembirakan hati insan lain. Kita lah yang akan memujuk sendiri hati ini untuk redha dengan apa jua yang terjadi. Walau itu bukan apa yang kita inginkan, bukan apa yang kita rancang. Kerana setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya.

Namun persoalannya, kenapa perlu kita yang sentiasa menjaga hati orang-orang sekeliling? Mengapa tidak mereka yang cuba memahami keadaan dan situasi kita? Hati kita siapa yang akan menjaganya? Persoalan yang mungkin belum bertemu jawapannya..

renung-renungkan lah....

1 comment:

  1. for the sake of people that we do care, we do love, kte sanggup je put aside our heart.. as long as they r happy.. but remmber, if we give our heart to Him, for sure He will nver neglect us n alwys b wif us no matter what.. =)

    ReplyDelete